Selasa, 24 Julai 2012

KERTAS KERJA ALUMNI SMATS

PENGENALAN

Menzahirkan suatu bentuk kesatuan merupakan manifestasi kepada keinginan dan niat untuk mewujudkan satu-padu, kerjasama erat dan wadah yang menyemai rasa kebersamaan. Nilai-nilai tersebut mampu membentuk bukan sahaja kepada peningkatan kualiti dan pengetahuan-kemahiran individu, bahkan sekiranya digembleng secara optimum, jelas memberi kesan yang signifikan kepada kelompok sosial disekitarnya.

SMK Agama Tun Said Kota Belud atau ringkasnya SMATS telahpun memasuki dekad kedua perkhidmatannya yang bergerak seiring dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. SMATS tentunya telah memberikan sumbangan dan makna yang cukup besar kepada masyarakat sekitar khususnya di daerah Kota Belud. Kelahiran tokoh-tokoh dan nama-nama yang membanggakan  keluarga, malah mengharumkan nama sekolah dan kenalan dalam pelbagai lapangan yang diceburi adalah hasil usaha bersepadu banyak pihak khususnya keluarga dan sekolah yang bergerak sebagai suatu kumpulan, atau organisasi yang saling bekerjasama dan melengkapi.

Justeru, kami yang mewakili suara ramai pelajar-pelajar lepasan SMATS, ingin menzahirkan hasrat untuk menubuhkan suatu badan organisasi yang menjadi medium para pelajar lepasan SMATS, iaitu ‘Alumni SMATS’ untuk menyumbang semula kepada pihak sekolah, adik-adik pelajar, dan juga kelompok masyarakat sekitar dengan cara yang lebih tersusun dan proaktif.

Agenda menubuhkan sebuah organisasi berbentuk persatuan tercetus sekitar tahun 2007 iaitu lebih kurang tiga tahun selepas generasi pertama SMATS meninggalkan SMATS pada tahun 2004. Secara umum dengan terbentuknya suatu organisasi, ia menjadi manifestasi kepada 'kesatuan' semua pelajar lepasan SMATS secara tuntas. Organisasi ini bakal menjadi wadah untuk mengumpul semula bekas pelajar SMATS dan seterusnya menjadi medium untuk merencana pelbagai jenis aktiviti yang memberi manfaat kepada alumni SMATS khususnya, dan warga SMATS amnya.



NOTA: Kertas Kerja ini boleh dibaca sepenuhnya di [sini]. Pandangan dan cadangan dari semua amat dialu-alukan sebelum draf ini dibawa ke pengetahuan pihak sekolah secara rasmi. Terima kasih.