Jumaat, 1 Jun 2012

KEM BANGKITLAH REMAJA 2012


Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam sejahtera.

Satu program berunsurkan motivasi dan kerohanian akan dijalankan di SMATS yang digerakkan oleh bekas pelajar SMATS dengan kerjasama pihak sekolah (SMATS). Buat masa ini, ianya masih diperingkat perancangan yang sudahpun melalui beberapa perbincangan susulan (mesyuarat).

Oleh yang demikian, Alumni SMATS mengambil kesempatan untuk mewar-warkan akan aktiviti ini di samping menyeru warga SMATS khususnya alumni SMATS supaya dapat membantu menjayakan program ini mengikut kelapangan masing-masing. Jika ada kelapangan untuk menyertai sebagai AJK, silalah membantu sebagai AJK. Jika tidak, mungkin bantuan berupa kewangan, publisiti (hebahan) dan doa untuk kejayaan program ini amat dialu-alukan.

Berikut adalah butiran lanjut program:-
  

KERTAS KERJA
BANGKITLAH REMAJA 2012
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TUN SAID
KOTA BELUD, SABAH


1.0 PENGENALAN

Cemerlang dalam konsep Islam mempunyai dua unsur , pertama cemerlang dari sudut akademik dan kecemerlangan akhlak. Pada era ini , kecemerlangan pelajar dari sudut akhlak amat kurang dan selebihnya amat menyedihkan. Hal ini terjadi disebabkan kurang penghayatan agama terhadap nilai kepimpinan dan kurangnya praktikal tersebut dalam diri terutamanya golongan remaja muda mudi masa kini sehingga tidak mendatangkan kesan atau perubahan terhadap remaja. Di samping itu , masih ada lagi dalam kalangan remaja yang kurang sedar betapa sesuatu kecemerlangan itu lebih bergantung pada sahsiah pelajar.

Oleh hal yang demikian , Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said merasa amat bertanggungjawab untuk mengadakan program Bangkitlah Remaja 2012 bagi memberi kesedaran kepada adik – adik di sekolah ini betapa pentingnya kecemerlangan dari sudut akhlak untuk memangkin kecemerlangan akademik seterusnya berusaha untuk memimpin nama sekolah dengan menjaga martabat dan nama sekolah. Hal ini kerana kecemerlangan dari sudut akhlak ini memberikan input yang paling penting kerana ia adalah tunggak kesedaran seorang Syabab (Remaja). Program ini dijalankan bagi menyampaikan mesej bertepatan dengan tema "Kecemerlangan Sahsiah Membentuk Remaja Bertaqwa dan Terbilang"



2.0 TUJUAN KERTAS KERJA

2.1 Memohon sumbangan kewangan
2.2 Memohon untuk menggunakan tapak sekolah sebagai tapak program , dewan makan ,
asrama muslimin dan muslimat , surau , dewan sekolah dll.
2.3 Sebagai pemberitahuan kepada mana – mana pihak berkaitan perlaksanaan program ini.


3.0 NAMA PROGRAM

KEM BANGKITLAH REMAJA PEMANGKIN TAMADUN UMMAH


4.0 TEMA PROGRAM

"Kecemerlangan Sahsiah membentuk Remaja Bertaqwa dan Terbilang ."



5.0 MATLAMAT PROGRAM

Melahirkan individu remaja muslim yang menghayati nilai keilmuan dan menjadikan kecemerlangan sebagai langkah menuju ketaqwaan.


6.0 OBJEKTIF PROGRAM

6.1 Melahirkan pelajar – pelajar yang bermotivasi untuk memperolehi keecemerlangan
6.2 Memperkukuhkan ilmu , akhlak , dan iman urusetia dan peserta melalui tuntutan akidah
yang sahih
6.3 Memperkemaskan persediaan sebagai pelajar islam di dalam menuntut ilmu yang
berlandaskan syariat islam
6.4 Memperkasakan kekuatan ilmu dan rohani
6.6 Menjalinkan hubungan yang lebh erat di kalangan islam dengan Mahasiswa mahasiswi
Alumni SMKA TUN SAID KOTA BELUD dengan pelajar sekolah tersebut.

7.0 TARIKH PROGRAM

29, 30 Jun dan 01 Jun


8.0 TEMPAT PROGRAM

SMKA TUN SAID KOTA BELUD


9.0 SASARAN PESERTA

80 Orang pelajar muslim sekitar tingkatan 1 – tingkatan 5



10.0 BENTUK PROGRAM

10.1 Kuliah Ilmu
10.2 Latihan Dalam Kumpulan ( LDK )
10.3 Tayangan Multimedia Mengenai kecemerlangan pelajar muslim dari sudut akhlak dan
isu semasa
10.4 Riadah
10.5 Malam Penghayatan
10.6 x – Plorace
10.7 Motivasi


11.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Sila rujuk lampiran A


12.0 TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk lampiran B



13.0 PERBELANJAAN

Sila rujuk lampiran C



14.0 PENUTUP

Jawatankuasa program amat mengalu – alukan sebarang sokongan dari mana – mana pihak yang bersedia untuk memberikan bantuan sama ada bantuan material , kewangan , ataupun sokongan moral. Semoga program yang dirancangkan ini mendapat keredhaan Allah Dan Rasulnya dan segala kerjasama serta sokongan yang diberikan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan Oleh,

_____________
(                        )
Pengarah Kem Bangkitlah Remaja 2012
Kota Belud.