Ahad, 17 Jun 2012

DOKUMENTASI BEKAS PELAJAR SMATS (II)

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Alumni SMATS kini menyediakan satu medium untuk dokumentasi bekas pelajar ataupun Ex-SMATS dalam bentuk pengisian borang dalam talian (online form).

Ini adalah lanjutan daripada usaha pihak sekolah sebelum ini untuk mengumpulkan maklumat terkini semua bekas pelajar SMATS. Baca : [Klik]

Pengisian borang ini akan memudahkan proses pengumpulan, kemaskini dan persembahan data yang berkaitan untuk tujuan rekod / dokumentasi Alumni SMATS khususnya bagi membantu pihak sekolah.

Anda semua (bekas pelajar) amatlah dialu-alukan untuk mengisi borang tersebut di pautan ini: [KLIK]

Anda boleh mengisi borang ini di laman ini setiap kali ingin mengemaskini maklumat terkini anda pada bila-bila masa.


-PERHATIAN-

01. Sila isi menggunakan huruf besar.

02. Butiran hendaklah betul/benar pada tarikh ia dikirimkan.

03. Butiran yang didapati salah/tidak tepat (jika belum diubah / dikemaskini oleh pengirim) - dalam pengetahuan Admin - akan diubah / dikemaskini oleh Admin.

04. Butiran yang palsu dan tidak berkenaan akan dihapuskan.


-KERAHSIAAN-

01. Maklumat lengkap dari borang tersebut akan dikirimkan kepada Admin Alumni SMATS dan wakil pihak sekolah.

02. Semua butiran / maklumat adalah rahsia dan terpelihara melainkan, jika diperlukan, akan diserahkan dalam apa jua bentuk dan cara untuk kegunaan rasmi pihak sekolah dan mana-mana pihak dengan kebenaran Alumni SMATS.





Sekian, terima kasih atas kerjasama semua!