Jumaat, 29 Jun 2012

CADANGAN UNDANG-UNDANG BAGI ALUMNI SMATS

PENDAHULUAN


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T, selawat serta salam ke atas junjungan besar Baginda Rasul, Nabi Muhammad S.A.W, para Nabi dan Rasul, para Sahabat, dan mereka yang berjuang demi menegakkan kalimah suci “Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad itu Rasulullah” di muka bumi ini dahulu, kini dan selamanya. Syukur Alhamdulillah, kerana dengan perkenanNya, dapat jua draf undang-undang bagi Kelab Alumni SMK Agama Tun Said, Kota Belud ini disediakan.

2. Draf undang-undang ini disediakan dengan tujuan supaya semua warga SMK Agama Tun Said, Kota Belud (SMATS) terutamanya bekas pelajar dan pentadbiran semasa SMATS mengetahui dan seterusnya sama-sama menyuarakan idea sama ada berbentuk pandangan, cadangan, kritikan, mahupun persoalan-persoalan tertentu dalam ruang lingkup input-input draf ini.

3. Draf undang-undang ini diolah (disesuaikan) semula berdasarkan “Contoh Undang-Undang bagi Pertubuhan yang tidak mempunyai Cawangan” yang disediakan oleh Pendaftar Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengikut panduan dan kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Contoh tersebut disediakan berpandukan Jadual 1, Akta Pertubuhan 1966 dan kehendak-kehendak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

4. Oleh itu, diharap semua pihak dapat memberikan kerjasama sewajarnya bagi menjayakan pembentukan draf ini dan seterusnya melancarkan lagi usaha rancangan menubuhkan sebuah kelab alumni bagi SMATS menjelang tahun 2015, insya Allah.

Sekian, wassalam.

JAWATANKUASA PENAJA KELAB ALUMNI,
SMK AGAMA TUN SAID, KOTA BELUD, SABAH.
Jun 2012



KANDUNGAN

FASAL 1   .. NAMA
FASAL 2   .. TEMPAT URUSAN
FASAL 3   .. BENDERA, LAMBANG, LENCANA
FASAL 4   .. TUJUAN/MATLAMAT
FASAL 5   .. KEAHLIAN
FASAL 6   .. BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
FASAL 7   .. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
FASAL 8   .. MESYUARAT PERWAKILAN
FASAL 9   .. JAWATANKUASA
FASAL 10 .. KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
FASAL 11 .. KEWANGAN
FASAL 12 .. PEMERIKSA KIRA-KIRA
FASAL 13 .. PEMEGANG AMANAH
FASAL 14 .. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
FASAL 15 .. PENASIHAT/PENAUNG
FASAL 16 .. LARANGAN
FASAL 17 .. PINDAAN UNDANG-UNDANG
FASAL 18 .. PEMBUBARAN



Draf penuh undang-undang ini boleh dibaca sepenuhnya di [sini]. Pandangan dan cadangan dari semua amat dialu-alukan sebelum draf ini dibawa ke pengetahuan pihak sekolah secara rasmi. Terima kasih.