Selasa, 4 Oktober 2011

PROGRAM MOTIVASI: EX-SMATS DIPERLUKAN!

Assalamu'alaikum w.b.t

Kemaskini = 04 Oktober 2011, 9:15pm

Nota: Berita ini diterima melalui kiriman SMS dan sebarang perkembangan terkini akan dikemaskini dilaman ini. Harap maklum.

Satu program berbentuk motivasi akan dianjurkan di SMATS pada 12hb Oktober (Rabu) 2011. Program ini adalah anjuran Bahagian Kaunseling SMATS.

Justeru, pihak penganjur memaklumkan kepada Alumni SMATS bahawa satu sesi ceramah motivasi yang lebih memfokus dunia kerjaya dicadang untuk diberikan kepada dua orang bekas pelajar SMATS (Ex-SMATS). Maksudnya, dua orang Ex-SMATS ini akan menyampaikan ceramah motivasi berbentuk maklumat kerjaya untuk disampaikan kepada para peserta program.

Berikut maklumat terkini yang difahamkan kepada Alumni SMATS:-

1) Masa program = pukul 8 - 12 tengah hari
2) Bekas Pelajar SMATS (tidak kisah generasi yang ke berapa)
3) Lelaki atau Perempuan
4) Sebaik-baiknya berada di Kota Belud atau sekitarnya (supaya tidak menyusahkan penceramah)
5) Telah Bekerja*


*Diutamakan kerjaya yang agak kurang mendapat pendedahan umum seperti Chef Masakan, Usahawan, Juruaudio, Jurulatih Sukan dan lain-lain. Kerjaya yang agak selalu didengar pula adalah seperti Guru, Jururawat, Doktor, Polis dan lain-lain yang biasanya dilabel sebagai Penjawat Awam.


Mereka yang berminat, bolehlah berhubung terus dengan pihak sekolah ataupun meninggalkan komen di bawah jika ada sebarang pertanyaan.

Harap dapat disebarkan kepada yang lain ya! Klik ja butang Kongsi di bawah ni.. Terima kasih!