Selasa, 16 Ogos 2011

SELAMAT DATANG!


  بسم الله والحمدالله

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syukur ke hadrat-Nya kerana diberikan peluang dengan izin-Nya untuk membina satu medium, yang dikategorikan sebagai 'weblog' (web + blog), bagi berkongsi segala perkara mengenai Alumni SMATS sama ada ianya masih diperingkat perancangan mahupun yang telah berjaya dilaksanakan.

Medium ini dipilih kerana cirinya bersifat lebih terbuka dan berkesan untuk melicinkan lagi tujuan yang disebutkan tadi. Melalui medium ini juga, segala dokumentasi ataupun arkib mengenai program, dokumen bermaklumat, rakaman gambar/video dan ruang perbincangan disediakan.

Segala komen dan pandangan mengenai Alumni SMATS dan juga laman ini amatlah dialu-alukan bagi memperbaiki apa yang lemah, menambah apa yang sewajarnya ada, dan juga semestinya suntikan motivasi bagi hal yang dilihat baik atau positif demi kebaikan bersama.

Akhir kata, kami mewakili seluruh Alumni SMATS mengucapkan "SELAMAT DATANG" kepada para pengunjung yang datang berkunjung ke laman rasmi Alumni SMATS ini. Semoga laman maya ini memberi manfaat besar kepada kita semua khususnya seluruh warga SMATS, insya Allah.


MAJLIS PENAJA ALUMNI SMATS
15 Ogos 2011