Rabu, 17 Ogos 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTAR JAMA'IE SMATS 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Warga SMATS khususnya Alumni SMATS adalah dijemput untuk menghadiri Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Jama'ie [berbuka puasa beramai-ramai] SMATS 2011 yang akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 25 Ogos 2011 [Khamis]
Tempat : SMATS


Aturcara majlis:
15:30 - Ketibaan Guru-guru & pelajar
          - Solat Asar berjemaah
          - Ketibaan jemputan


16:00 - Majlis Khatam Al-Quran

17:00 - Ketibaan penceramah jemputan 
17:10 - Ceramah

18:15 - Bersedia untuk Iftar
18:27 - Iftar & Makan Malam
          - Solat maghrib berjemaah
          - Tahlil & bacaan Yassin
          - Solat Terawih
          - Moreh

21:00 - Bersurai


Alumni SMATS yang berkelapangan dan tiada halangan amat dialu-alukan untuk datang. Siapa yang terlepas peluang untuk majlis berbuka puasa minggu lalu, bolehlah datang khamis ni untuk sama memeriahkan.

Sebarang maklumat dan makluman terkini akan dikemas kini di laman ini termasuklah di Facebook Alumni SMATS. Klik [Event Iftar SMATS].

Kalau ada kemusykilan, boleh tanyakan di sini atau berhubung terus dengan Pentadbiran Sekolah.

Harap dapat bantu sebarkan dengan mengklik butang Kongsi di bawah. Terima kasih! =D