Rabu, 17 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA & TARAWIH EX-SMATS: TAHNIAH!


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alumni SMATS ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi SYABAS dan TAHNIAH buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama Ex-SMATS yang diadakan pada 13 Ogos yang lalu, khususnya kepada saudara Zulhilmi Jabli bersama Ex-SMATS yang lain serta pihak pentadbiran SMATS melalui Pengetua, Puan Seraya yang banyak membantu dalam merealisasikan hasrat murni ini. 

Antara Ex-SMATS yang bertuah hadir, sememangnya! ;D

Program ini merupakan program pertama yang seumpamanya berjaya dilaksana secara rasmi oleh Ex-SMATS. Lebih manis dan nostalgik, ianya berlangsung di dua buah tempat yang amat intim dengan Ex-SMATS terutamanya kepada dua generasi pertama yang mana surau tersebut merupakan surau induk SMATS bagi tahun 2000-2001. 

Sejajar dengan keperluan semasa, beberapa perubahan telah berlaku kepada rupabentuk Surau dan Dewan Makan.

Tentunya 'kepulangan' Ex-SMATS ke tempat ini membungakan kembali kelopak memori yang pernah menguntum selama berada di SMATS, hatta ianya hanya sebulan dua.

 
Marilah berdoa moga kita semua diberikan lagi kekuatan dari-Nya untuk mengadakan lebih banyak aktiviti seperti ini yang memberi manfaat bukan sahaja sesama kita Ex-SMATS, tetapi juga sedikit sebanyak dapat dikongsi oleh mereka yang masih berada di SMATS. Kalau tahun ini dapat buat satu atau dua program bersama, apa salahnya tahun hadapan kita laksana tiga atau empat program pula.

Justeru, sokongan dan kerjasama padu daripada semua pihak amat diharapkan supaya apa yang dirancang mampu terlaksana dengan jayanya.

Semoga perancangan kita, kalaupun tidak menepati, mudah-mudahan selari jua dengan perancangan-Nya.

Akhir kata, sekali lagi TAHNIAH diucapkan atas kejayaan penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih ini. Setinggi-tinggi TERIMA KASIH atas kerjasama semua pihak terutamanya pihak sekolah serta tidak dilupakan buat Ex-SMATS yang senantiasa tampil memberikan sokongan, dorongan dan juga idea. 

Semoga hasil usaha semua dikurnia ganjaran terbaik dari-Nya, insya Allah amin.

Kalau ada air ditangki,
Bolehlah Aspura menumpang mandi.
Kalau ada ruang berbaki, 
Bolehlah kita berprogram lagi.