Sabtu, 20 Ogos 2011

JEMPUTAN KE KENDURI ARWAH ERRA FAZIRA (SMATS, 2007)

Assalamu'alaikum w.b.t.

Makluman kepada semua khususnya warga SMATS, Wan Azian Azera (Gen. #5) menjemput* kita semua ke Kenduri Arwah adik beliau -- Erra Fazira, masuk ke SMATS pada tahun 2007 (FB) -- pada 24 Ogos 2011, hari Rabu, di Kg. Indarason Laut, Kudat.

Majlis Kenduri Arwah

Tarikh : 24 Ogos 2011 [Rabu]
Tempat : Kg. Indarason Laut, Kudat
Masa : Bermula sebelum berbuka puasa
Perhubungan : Wan Azian Azera, 014-5554707

Nota:
1. Kalau perjalanan dari KK/KM;
a. Simpang masuk Kg. Indarason Laut ni ada di sebelah kiri; ada pondok kecil dan papan tanda 'Klinik Desa'. 
b. Kg. Indarason Laut = selepas Pekan Matunggong, sebelum sampai (jauh lagi) Pekan Sikuati.


2. Kenderaan sendiri amat digalakkan.


Alumni SMATS merakamkan ucapan Takziah kepada Wan Azian, seluruh kaum keluarga, sahabat handai serta kenalan arwah. Marilah memanjatkan doa semoga arwah mendapat ampunan dan kesejahteraan daripada Allah S.W.T, serta diberikan oleh-Nya kesabaran dan kekuatan kepada keluarga arwah.


"الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا لله وانا اليه راجعون"
  
"Who, when a misfortune overtakes them, say: 'Surely we belong to Allah and to Him shall we return'." (al-Baqarah, 156)


-- AL-FATIHAH --

Sumber & Kredit : madrasahidaya

*Pesanan ini dikirimkan melalui SMS.