Jumaat, 26 Ogos 2011

ANAK SULUNG: TAHNIAH ERNIZA!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alumni SMATS - mewakili seluruh Ex-SMATS -  ingin mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH kepada Erniza Z. (Gen. #1) dan suami serta keluarga kerana baru sahaja dikurniakan-Nya cahaya mata pertama buat penguat dan penyeri istana bahagia yang dibina.

Sumber & Kredit : FB Erniza



Alumni SMATS difahamkan setakat ini, beliau melahirkan anak kelmarin, jantina perempuan dan berat 2.65 Kg.

Kepada Ex-SMATS yang berada di sekitar Kudat, bolehlah datang melawat Er dan keluarga di Lot 93, Taman Ehsan, Kudat selepas ini ataupun semasa Hari Raya Aidilfitri nanti.

Akhir kata, TAHNIAH sekali lagi dan selamat bergelar Ibu dan Bapa buat Pn. Erniza dan suami..! ;D


Nota: Ucapan TAHNIAH ini ditujukan juga kepada semua Ex-SMATS yang telah bergelar Ibu dan/atau Bapa sebelum ini. Ada ramai tu, ehe.. \(^_^)/